Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan kenyataan beliau pada Khamis lalu bahawa pihak polis memaklumkan kepadanya tiada lagi tangkapan selepas ini membabitkan pemimpin DAP berhubung Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) LTTE.
"Tolong baca kenyataan saya betul-betul. Jelas saya tidak menulis begitu." kata Lim Guan Eng kepada media.
Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan Lim Guan Eng itu.
Malah, beliau juga tidak pasti daripada mana Guan Eng mendapat maklumat itu sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.