Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan akhir tentang pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, kementerian itu telah menyampaikan kepada pasukan petugas Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC), dan mereka melakukan yang terbaik untuk memuktamadkan laporan itu.
UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.
“Saya sentiasa berkomunikasi dengan PPDUEC dan mereka melakukan yang terbaik untuk memuktamadkan laporan itu.
“Kajian mengenai UEC memerlukan pihak jawatankuasa bertemu dengan ramai pemegang taruh dan mereka pula memiliki tenaga kerja yang terhad, namun mereka tetap berikan yang terbaik.