Azmin: Koronavirus mungkin beri kesan jika berlanjutan

KiniTV 2020-01-28

Views 17

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohaned Azmin Ali berkata wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) belum mencapai tahap menjejaskan ekonomi negara, tetapi tidak menolak kemungkinan itu jika ia berterusan.

Bagaimanapun Azmin berkata pada masa ini beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara itu.

"Sekiranya perkara ini berterusan seperti juga dengan wabak-wabak lain sebelum ini, pastinya ia akan beri kesan kepada ekonomi negara.

"Namun saya tak mahu membuat spekulasi kerana perkara ini perkara serius yang perlu dipantau oleh agensi dan kementerian berkenaan."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesan wabak itu, yang setakat ini mencatatkan 4,500 kes dengan 106 kematian di China, kepada ekonomi negara.

Share This Video


Download

  
Report form