"Lama tak berucap macam ni, bermulalah serangan kami" - Mat Sabu

KiniTV 2020-03-09

Views 3.8K

SELEPAS dua minggu Pakatan Harapan (PH) tumbang, bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu kini bebas berceramah tanpa protokol seperti dahulu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, selama 21 bulan beliau sebagai Menteri Pertahanan perlu mengeluarkan kenyataan berfakta.

“Tuan-tuan sekalian, saya tidak bercakap macam ini lama dah...ramai orang kata bang Mat berucap dah tak sedap..Memang la.. Menteri nak berucap macam mana.. kena jaga fakta semua..haaa, sekarang bermulalah serangan kami.

“Muhyiddin Yassin dan geng kamu… tidak akan senang menerima kebangkitan rakyat yang jitu sekarang ini.

“Kami tidak redha kerajaan dirompak di tengah jalan, kalau hebat kenapa tidak tunggu lima tahun, lagi dua tahun setengah hendak pilihan raya umum,” katanya dalam ceramah pada Jelajah Harapan pertama di Tapak Rakan Muda, Taman Sri Andalas di sini, malam tadi.

Mohamad turut mencabar Barisan Nasional (BN) supaya membubar parlimen dan mengadakan pilihan raya umum.

“Kalau mereka kuat, mereka rasa yakin...tak apa lah bubar parlimen. Kalau kami menang, kami ambil alih semula. Kalau BN kalah, bersedialah jadi pembangkang.

“Bang Mat berapa kali kalah dalam pilihan raya. BN baru hilang kerajaan 2018, tanda-tanda kamu nak menang sudah ada, kamu banyak menang PRK kenapa tak boleh tunggu, kami boleh tunggu 60 tahun, kenapa kamu tidak boleh tunggu 5 tahun? Kalau takut kalah tak perlu pakai sistem demokrasi.

“Sekarang rakyat kecewa, yang menang jadi pembangkang, yang kalah jadi kerajaan pemerintah, tak pernah berlaku dalam dunia, melainkan di Malaysia tanah airku,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form