Kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri boleh diubah jika Pakatan Harapan mahu.
Namun, melihat kepada kestabilan politik, ahli parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata, PH tidak akan bertindak demikian ditambah pula dengan memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan yang membuatkan pihaknya menghormati kerjasama dibawa.