Kementerian Pengangkutan akan mengumpul data-data berkaitan kesan penyebaran wabak Covid-19 kepada sektor pelancongan khususnya sektor penerbangan.
Menurut menterinya Wee Ka Siong, data-data yang terkumpul itu nanti akan dikongsi bersama kementerian-kementerian lain yang berkaitan untuk dijadikan rujukan.
Sebelum itu katanya, kabinet menerima laporan bahawa syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah mengalami pembatalan penerbangan sebanyak 60% sejak wabak Covid-19 menular.
Sebanyak 70% penerbangan syarikat AirAsia juga dibatalkan manakala sebanyak 510 penerbangan Malindo turut terjejas.