Pemimpin akar umbi lantang Umno Jamal Md Yunos memberitahu media bahawa keputusan kes Najib Razak hari ini akan memberi kesan kepada kerajaan Perikatan Nasional secara keseluruhan.
“Kes ini bukan hanya mengadili Najib Razak, tapi juga mengadili PN,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah.