Pusat Perubatan UiTM (UiTMMC) di Sungai Buloh mungkin hanya mempunyai makmal kecil, tetapi ia memainkan peranan besar dalam membantu negara menghadapi wabak Covid-19.
Walaupun mempunyai pasukan yang kecil, pusat ini merupakan sebahagian daripada usaha sama kemudahan sains di seluruh negara membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan kapasiti menjalankan ujian pengesanan Covid-19.