Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kelihatan sebak ketika memberi tepukan untuk petugas barisan hadapan yang menghadapi Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Di akhir titah diraja dalam perasmian mesyuarat DUN Perak, Sultan Nazrin bertitah bahawa DUN Perak ingin merakamkan penghargaan tertinggi kepada petugas barisan hadapan yang telah mengorbankan diri untuk negara.
Baginda kemudian berdiri dan mengetuai 59 orang ahli DUN untuk memberi tepukan.
Sultan Nazrin turut menggambarkan petugas barisan hadapan sebagai wira negara.