Setakat hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menarik balik kelulusan terhadap empat buah syarikat yang didapati melanggar syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya Mohamed Azmin Ali berkata siasatan juga sedang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap 35 syarikat yang telah dilaporkan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh MITI.