Dua penghuni Selangor Mansion lari dari PKPD positif Covid-19

KiniTV 2020-04-23

Views 18.4K

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat dua orang penghuni di Selangor Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang berjaya melarikan diri dari perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Jelasnya. kedua mereka itu adalah positif Covid-19 dan polis telah menangkap mereka semula.

Katanya oleh sebab itu kerajaan tidak akan umum terlebih dahulu akan melakukan PKPD kerana bimbang penghuni akan larikan diri.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form