PKPD di dua kawasan di Selangor, satu di Sarawak

KiniTV 2020-10-27

Views 733

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di dua kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Kawasan di Selangor adalah Flat Sungai Emas di Kuala Langat dan Plaza Hentian Kajang di Hulu Langat.

Kawasan di Sarawak pula Kampung Haji Baki di Kuching.

PKPD di tiga kawasan itu berkuatkuasa esok (28 Oktober) hingga 10 November.

Share This Video


Download

  
Report form