Tiada perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Ismail, ia berikutan agak sukar untuk memastikan penjarakan sosial di kalangan peserta, tetamu dan juga orang ramai yang hadir sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan.