Sebarang keputusan untuk ahli-ahli parlimen Umno yang menjadi menteri kabinet untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional hanya akan ditentukan oleh parti, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, sebagai ahli parti beliau terikat dengan keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno yang akan bermesyuarat esok.