Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenapa kerajaan hanya mengemukakan pertuduhan menyertai perhimpunan awam dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Menulis di Facebook, Zahid berkata cadangan tersebut seolah-olah menidakkan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 yang memutuskan punca kematian Adib disebabkan perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu tidak dikenali.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin semalam berkata polis mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Polis juga mengesyorkan inkues baru diadakan.