Wanita berusia 72 tahun yang melanggar perintah kuarantin rumah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.
Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.