Dalam ceramah bersempena dengan pilihan raya DUN Slim di Perak malam tadi, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak meminta pengundi di situ untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mahu ditipu dua kali oleh pembangkang.
"Nak ditipu dua kali atau tidak? Kalau tak mau, undilah calon kita, calon Barisan Nasional DUN Slim," katanya.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.
Pengundian PRK Slim akan berlangsung pada 29 Ogos ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=612683779392907&ref=watch_permalink