Polis akan menyerahkan semula kertas siasatan (IP) membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali ke Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ini selepas IP itu diserahkan semula kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman oleh AGC untuk beberapa lagi tindakan selanjutnya.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook PDRM hari ini.