Kementerian Kesihatan melaporkan 862 kes Covid-19 baru setakat tengah hari ini dengan tiga kematian lagi dilaporkan.
Daripada jumlah itu, 860 adalah kes penularan tempatan dan dua lagi adalah kes impot.
Sabah terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 673 kes hari ini, diikuti oleh Selangor dengan 132 kes dan Kedah 17 kes.
Jumlah keseluruhan kes di Malaysia setakat ini adalah 22,225 dengan 7,681 kes aktif.