Kontinjen Polis Johor mencatat kes tatatertib tertinggi di antara negeri negeri lain di Malaysia, kata Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay.
Ayob mengumumkan setakat ini bagi tahun 2021, seramai 59 anggota polis ditahan kerja, 11 orang digantung kerja, 8 orang dibuang kerja dan dijangka 12 lagi akan dibuang atas pelbagai kesalahan.
Katanya lagi, statistik itu bukanlah satu kebanggaan sebaliknya membuktikan ketegasan kontijen itu dalam menangani kes salah laku anggota.
Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/212458313547568