Kes Covid-19 di Malaysia masih kekal dengan tiga angka apabila 801 kes baharu dan lapan kematian diumumkan hari ini.
Daripada jumlah itu, 799 merupakan kes tempatan dan 2 adalah kes import.
Jumlah kes aktif di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 10,123 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 29,441 kes.
Dr Noor Hisham turut mengumumkan sebanyak 573 kes lagi yang disahkan pulih hari ini.