Annuar Musa cadang gabungan politik besar termasuk parti Pejuang, Muda

KiniTV 2020-11-16

Views 2.8K

Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa mencadangkan pembentukan gabungan politik besar (grand coalition) membabitkan parti-parti politik yang menolak Pakatan Harapan (PH).

Katanya di Facebook hari ini, sudah terlalu lama politik negara berlegar di sekeliling dua tiga personaliti bagi mempertahan atau menentang individu tertentu.

Katanya, penyatuan ummah tidak harus terbatas setakat Umno, PAS dan Bersatu.

Oleh itu beliau, menganjurkan pembentukan suatu grand coalition yang melibatkan sekurang-kurangnya 12,13 parti politik yang sealiran.

Share This Video


Download

  
Report form