'Pekan tipu Jho Low atau Jho Low tipu Pekan?' - MP Kota Melaka

KiniTV 2020-11-19

Views 3.1K

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong hari ini mencadangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) membawa bekas perdana menteri, Najib Razak dan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low untuk memberi penerangan secara langsung mengenai isu 1MDB.

Khoo merujuk kepada dakwaan Jho Low yang disiarkan oleh stesen televisyen Al Jazeera bahawa dia telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah 1MDB dengan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, namun Najib tidak mahu mendedahkan dokumen yang boleh membabitkan dirinya.

Share This Video


Download

  
Report form