‘Anak wanita Malaysia lahir di luar negara tak diberi kerakyatan atas keselamatan’

KiniTV 2020-12-03

Views 1

Keselamatan dan kedaulatan negara disebut sebagai alasan yang mengekang anak pasangan wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tetapi dilahirkan di negara luar diberikan kerakyatan negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said memberitahu Dewan Rakyat bahawa dasar itu adalah untuk mengelakkan isu dwi kewarganegaraan di kalangan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia dengan suami asing.

Terdahulu, Natrah Ismail (PKR-Sekijang) mempersoalkan pendirian kerajaan semasa dalam isu yang disifatkan sebagai diskriminasi terhadap wanita Malaysia.

Share This Video


Download

  
Report form