Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah
memberikan diskaun sebanyak 70 peratus selama dua bulan kepada pemandu e-hialing setelah menerima aduan bahawa mereka tidak dapat mendaftar dengan syarikat e-hailing kerana mempunyai saman.
“Saya dapati ada 300,000 orang ada saman, dia tak mampu bayar. Dia nak hantar barang makanan, nak mohon GrabFood (contohnya), tak boleh, lesen tak boleh diperbaharui"
“Bila lihat keadaan ini semasa PKP, tak apalah kita bagi (diskaun) 70 peratus," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan hari ini.