Iktiraf kestabilan kerajaan penting tapi urus Covid-19, banjir dulu - PAS

KiniTV 2021-01-21

Views 271

Yang Dipertua Pas Tanjong Karang, Dr Mohamad Zamri Zainuldin berpendapat walaupun penting untuk kestabilan kerajaan Perikatan ditentukan melalui pilihan raya, ia perlu dilakukan selepas pandemik Covid-19 dan situasi banjir selesai.

Menurutnya PRU juga sukar diadakan dalam waktu terdekat ketika rakyat Malaysia masih 'fobia' dengan gelombang ketiga Covid-19 yang berlaku selepas pilihan raya Sabah tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual 'Hello Malaysia' anjuran Umno Online hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=233090605071052

Share This Video


Download

  
Report form