Kerajaan telah memulakan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan perubatan swasta untuk menggunakan hospital, klinik, makmal, kepakaran, perkhidmatan dan sumber manusia bagi tujuan membantu meringankan beban KKM.
Menurut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, konsep hospital kluster di antara hospital-hospital di bawah KKM akan diperluaskan termasuk kepada hospital-hospital swasta yang akan digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.