'KKM belanja RM593 juta beli peralatan tambahan rawat pesakit Covid-19'

KiniTV 2021-09-22

Views 108

Kementerian Kesihatan (KKM) telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM593 juta untuk membeli peralatan tambahan bagi merawat kes-kes kritikal akibat jangkitan COVID-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, perbelanjaan tersebut yang dibuat setakat 2020 dan 2021 meliputi pembelian seperti katil Unit Rawatan Rapi (ICU), ventilator dan peralatan perubatan tambahan lain bagi membolehkan rawatan yang lebih baik diberikan kepada pesakit.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah) yang mahu tahu jumlah peruntukan yang digunakan untuk merawat kes-kes jangkitan COVID-19, dan berapakah kos bagi setiap kes yang diuruskan.

Share This Video


Download

  
Report form