Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Khairy akan mengetuai satu Pasukan Petugas Khas yang menguruskan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan.