Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Dr Mahathir Mohamad sedang mencari “perumah” lain setelah tidak dihiraukan oleh rakan daripada Pakatan Harapan (PH).
Mengulas kenyataan Mahathir yang sedia untuk kembali kepada Umno sekiranya parti itu kembali dasar awalnya, kata Zahid, syarat bekas perdana menteri itu hanyalah alasan dan dalih semata-mata.