Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menjelaskan, kebanyakan kes kluster pendidikan berpunca dari guru-guru yang mendapat jangkitan dari dalam komuniti dan menyebarkannya di sekolah.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas merasmikan Forum Pembangunan dan Strategi Hospital Masa Hadapan 2021 di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam Dr Adham memaklumkan sebanyak 20 kluster sektor pendidikan direkodkan di negara ini sejak 20 Mac hingga semalam, dengan jumlah paling ramai dijangkiti Covid-19 melibatkan kluster Paloh Rambai di Kelantan.