26 orang Colombia, 2 orang Amerika Haiti didakwa bunuh Presiden Haiti

KiniTV 2021-07-09

Views 328

Sekurang-kurangnya 28 orang didakwa terlibat dalam serangan bersenjata di kediaman peribadi Presiden Haiti, Jovenel Moise sehingga menyebabkan kematian beliau pada kelmarin.

Seramai 26 daripada 28 suspek itu merupakan rakyat Colombia dan dua warga Amerika Syarikat (AS) yang berasal dari Haiti.

Terdahulu, Moise maut akibat ditembak pada awal pagi kelmarin, manakala isterinya, Martine cedera dan kini dirawat di sebuah hospital di AS.

Laporan oleh Reuters.

Share This Video


Download

  
Report form