Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mendakwa pihaknya menerima banyak persoalan daripada orang awam berhubung peraturan dan kompaun yang dikenakan selepas 21 Julai.
Ini susulan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Takiyuddin Hassan memaklumkan hanya akan memberi penerangan mengenai pembatalan ordinan pada Isnin depan.
Lim juga menyeru Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menjelaskan sama ada peraturan yang tertakluk di bawah ordinan darurat masih lagi terpakai.