Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengemukakan tiga soalan berhubung pembatalan ordinan darurat yang perlu dijelaskan kerajaan secepat mungkin.
Antaranya, ahli Parlimen Pekan itu menyentuh mengenai enam ordinan darurat yang dibatalkan termasuk Ordinan Induk Darurat 2021.
Menurutnya, ini boleh menimbulkan persoalan mengenai kesahihan dan keabsahan kerajaan selepas 21 Julai, iaitu tarikh di mana ordinan darurat dikatakan telah dibatalkan.