Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dia akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan Radzi Jidin berhubung langkah mewajibkan vaksinasi kepada guru.
Bercakap kepada pemberita, Khairy berkata mereka sedang melihat jika vaksinasi Covid-19 boleh diwajibkan ke atas guru, serta isu perundangan yang berkaitan dengannya.