Lori rempuh 7 kereta, pemandu Myvi kuning terselamat

KiniTV 2021-09-06

Views 8

Satu kemalangan berlaku pada jam 2.34 petang tadi di susur keluar ke Jalan Sultan Azlan Shah dari Jalan Ipoh di ibu kota, melibatkan sekurang-kurangnya lapan buah kereta dan sebuah lori.

Sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dilihat remuk teruk dan kereta-kereta lain juga dilihat mengalami kerosakan serius akibat dirempuh lori tanpa muatan berkenaan.

Kejadian berlaku apabila sebuah lori berwarna kuning dilihat bergerak dengan agak laju dari arah belakang lalu merempuh barisan kereta yang menunggu lampu isyarat tersebut.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila pemandu kereta Myvi tersebut berjaya keluar dari kereta yang remuk teruk itu dan tidak mengalami kecederaan serius.

Sumber video dari media sosial.

Share This Video


Download

  
Report form