Kumpulan hak asasi Family Frontiers dan seramai 20 ibu warganegara Malaysia hari ini hadir ke luar bangunan parlimen bagi menyerahkan petisyen dan surat terbuka kepada jemaah menteri.
Ia bagi mengulangi gesaan mereka agar kerajaan menarik semula rayuan terhadap keputusan mahkamah, yang membenarkan bayi wanita Malaysia dengan suami warga asing diberi kerakyatan Malaysia secara automatik.