Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini menuntut Jabatan Peguam Negara menjelaskan keputusannya untuk tidak merayu keputusan pembebasan bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor dalam kes rasuah.
Anwar juga meminta jaminan kerajaan supaya Peguam Negara tidak dilihat sebagai tunduk kepada kuasa politik sebaliknya menjalankan tanggungjawab dengan bebas.