Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya untuk membatalkan kes rasuah berkaitan projek tenaga hibrid solar, bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah kawasan luar bandar di Sarawak.
Keputusan permohonan isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.