Keputusan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan tetap disampaikan pada 7 Julai depan.
Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya untuk membatalkan kes yang melibatkan projek solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.