Pengarah Operasi PT Bio Farma Indonesia Dr M. Rahman Roestan berkata vaksin Sinovac di Indonesia telah mendapat sijil halal bagi penerima umat Islam.
Katanya ini selepas kaunsel ulamak di Indonesia telah membuat audit terhadap vaksin itu di Beijing, China dari segala aspek dan tidak menjumpai apa-apa yang meragukan bagi umat Islam mendapat suntikan vaksin itu.
Beliau berkata demikian dalam satu webinar yang dianjurkan oleh Pharmaniaga secara maya.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=7nFcIaRyiYQ