Kira-kira 600,000 isi rumah daripada kumpulan berpendapatan sederhana (M40) telah jatuh ke dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) akibat wabak Covid-19.
Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Eddin Syazlee Shith yang menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) di Dewan Rakyat hari ini.