Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa inisiatif dan bantuan tambahan khusus untuk rakyat Malaysia di bawah kerangka inisiatif tambahan khas melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0.
BPN 2.0 mempunyai peruntukan hampir RM7 bilion yang akan memberi manfaat kepada 10.6 juta rakyat Malaysia yang layak.
Kerajaan bakal memberikan RM1,000 kepada isi rumah B40 dan RM500 untuk individu bujang B40 . Bagi kumpulan M40, kerajaan akan memberikan RM600 untuk isi rumah dan RM300 untuk individu bujang.