Polis berjaya menggempur satu sindiket perjudian dalam talian yang dijalankan sekumpulan warga asing setelah menyerbu sebuah kediaman mewah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor pada 8 Disember lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 2 petang itu, seramai lima lelaki warganegara Indonesia ditahan.
Katanya, mereka bekerja sebagai operator tambah nilai dan pengeluaran kredit yang berusia antara 21 hingga 29 tahun.
Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/1116020152559335