Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pemulihan Negara hari ini, katanya presiden Parti Bersatu Muhyiddin Yassin berkata dia tidak terkesan sangat apabila beberapa ahli-ahli partinya menyertai parti baru ditubuhkan iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Sabtu lalu.
Sabtu lalu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menyertai Bersatu pada tahun lalu tersenarai dalam kepimpinan baharu PBM iaitu ADUN Buntong, A Sivasubramaniam yang dilantik sebagai Naib Presiden Kanan II dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong sebagai Bendahari Agung.
Sumber video: https://fb.watch/arQpqCkfjq/