Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan bahawa menteri kanan Azmin Ali dan timbalan speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon akan turut meninggalkan Bersatu seperti Zuraida Kamaruddin.
Presiden Bersatu itu turut menyifatkan dirinya rapat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut dan mereka sering bertemu untuk "membincangkan masa depan".