MASIH berduka selepas kehilangan bapa pada Disember lalu, pelakon baharu Syed Khan dari Singapura kesal apabila tawaran lakonan yang diberikan kepadanya dibatalkan pada saat akhir.
Ujar Syed atau nama sebenar Syed Shamroz Khan, 25, dia hanya dimaklumkan tentang hal tersebut setelah sampai ke Kuala Lumpur.
“Sepatutnya saya datang KL ini untuk satu projek (drama), tapi ada benda yang terjadi dan tawaran itu dibatalkan.
“Saya kecewa kerana perancangan tak menjadi. Arwah bapa saya pula baru meninggal Disember lalu,” katanya kepada mStar.