Satu Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR ) diaktifkan pada ahad bagi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di laut ketika dalam perjalanan ke Sungai Melayu Pulau Sebatik pada Jumaat.
Operasi digerakkan bermula jam 6 pagi sehingga jam 6 petang yang melibatkan beberapa agensi termasuk Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.