Berikutan sambutan baik penganjuran tilawah Al-Quran dalam talian sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan Negeri Perak bercadang meneruskan program itu pada masa akan datang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, selain mengajak orang ramai memperbaiki bacaan, ia juga menggalakkan lebih ramai golongan muda mendekati Al-Quran.