Seramai 18 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini, melibatkan anggota polis akan mengundi esok.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, semua anggota terbabit akan mengundi di bilik maklumat, Balai Polis Chini.